Tiga Muka Jam Rasmi Untuk Samsung Gear S3 Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Tiga Muka Jam Rasmi Untuk Samsung Gear S3 Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Apr 17, 2017 oleh .

Jam tangan pintar mempunyai kelebihan berbanding jam tangan analog kerana muka jam boleh ditukar dengan cukup mudah. Muka jam boleh dipadankan dengan warna pakaian, aktiviti dan mod pengguna. Samsung telah menambah tiga lagi muka jam rasmi untuk jam tangan pintar Gear S3 mereka hujung minggu lalu.

Tiga muka jam yang boleh dimuat turun ialah Samsung Sports, Samsung Outdoor dan Samsung Travel. Muka jam Samsung Sports memaparkan tolok ketinggian, kelajuan, peta, jam randik dan bacaan nadi. Pada muka jam Samsung Outdoor pula terdapat tolok barometer, altimeter, cuaca, cahaya dan kedudukan matahari. Akhir sekali muka jam Samsung Travel memaparkan sistem pemetaan, dua masa berbeza dan kadar pertukaran wang. Ketiga-tiga muka jam boleh dimuat turun secara percuma menerusi aplikasi Galaxy Apps.


TIPS & ULASAN