Cari @ Amanz

Kad grafik terbaru dan paling berkuasa daripada AMD, iaitu AMD RX Vega dikatakan akan bakal dilancarkan di acara teknologi terbesar di Asia, iaitu COMPUTEX Taipei. Akan tetapi, tidak lama dahulu, ada beberapa gambar mengenai kad grafik itu yang tertiris di arena web.

Baru-baru ini, laman web VideoCardz baru sahaja menunjukkan sebuah rakaman sebuah komputer riba yang memainkan video promosi kad grafik tersebut. Selain menunjukkan sedikit reka-bentuk kad grafik tersebut, masih banyak lagi perkara yang kita masih tidak ketahui lagi tentang RX Vega ini.

Teks “It’s Got A Brain” seakan-akan menunjukkan bahawa ia akan hadir dengan teknologi kecerdasan buatan, tetapi buat masa ini, semua ini hanyalah unjuran dan kita hanya boleh tunggu sehingga bulan Jun nanti untuk mengetahui kebolehan sebenar kad grafik AMD RX Vega ini.

Pada pendapat kami, jika cip pemprosesan AMD Ryzen boleh dijadikan kayu ukuran, ada kemungkinan besar kad grafik

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd