Rekaan Dan Spesifikasi HTC U Tertiris
HTC

Rekaan Dan Spesifikasi HTC U Tertiris

Diterbitkan pada Apr 17, 2017 oleh .

HTC U ialah peranti utama yang bakal dilancarkan dengan bingkai yang mampu mengesan tekanan pengguna. Dengan hanya memegang bingkai, pelbagai aplikasi dapat dilancarkan dengan pantas. Rekaan dan spesifikasi peranti utama ini tertiris ehsan dari @evleaks.

Dari segi rekaan ia tidak banyak berbeza berbanding HTC U Ultra yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian dagu dan ia tidak menggunakan sistem dwi kamera. Skrin 5.5″ QHD LCD5 dipadankan dengan pemproses Snapdragon 835. RAM 4/6 GB dan storan 64/128 GB. Kamera  utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Akhir sekali sebuah bateri 3000 mAh akan membekalkan kuasa. Dari segi ketahanan kalis debu serta air pula ia memenuhi piawaian IP 57


TIPS & ULASAN