Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai laman yang menawarkan kemudahan untuk menjual barangan di arena internet seperti Mudah, Lelong dan sebagainya. Kini, sebuah laman baru hadir dalam bentuk beta, dinamakan sebagai Sewa dan memfokuskan sepenuhnya kepada penawaran sewa produk dan perkhidmatan antara pengguna.

Sewa

Melalui laman berkenaan, sesiapa sahaja boleh mendaftar dan menyewa produk serta perkhidmatan kepada pengguna lain. Pengguna yang sedang mencari beberapa produk atau perkhidmatan juga boleh menyemak laman berkenaan untuk menyewa sesuatu dengan mudah.

Buat masa ini, laman ini masih pada peringkat awal – membuatkan produk yang disenaraikan masih sedikit. Menurut pembangunnya, mereka juga sedang dalam perbincangan bersama beberapa pihak untuk turut menyenaraikan beberapa perkhidmatan menyewa lain – seperti menyewa stadium, helikopter dan sebagainya. Ia masih dalam perbincangan dan dijangka ditambah tidak lama lagi. Pembangunnya turut mengatakan kepada kami, mereka dalam perbincangan untuk menambah sokongan insurans pada laman Sewa, membolehkan penyewa menyewakan barangan mereka tanpa risau ia akan rosak dan sebagainya.

Sewa

Percubaan kami sendiri memperlihatkan laman Sewa lebih dioptimasikan untuk penggunaan peranti mudah-alih, dan pada desktop ia masih kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, memandangkan ia masih dilabelkan sebagai Beta, maka mungkin kita boleh nantikan penambah-baikkan dalam hari hari akan datang.

Bagi anda yang mempunyai barangan yang tidak digunakan di rumah, dan ingin menjana pendapatan tambahan, mungkin boleh menyemak laman Sewa hari ini, dan menyenaraikan produk anda di sana hari ini.

  • Info
  • Layari : Sewa
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd