Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 5 masih menjadi salah satu peranti pilihan ramai, apatah lagi dengan penawaran harga diskaun promosi sejak penghujung tahun lepas sebagai ganti untuk Note7. Kini, untuk pengguna Galaxy Note 5 di Malaysia, Samsung dilihat telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat secara rasminya.

Melalui kemaskini sistem operasi baru ini, ia menawarkan pelbagai perubahan – terutamanya dari segi antaramuka. Kini, ia tampak lebih kemas, selain turut menawarkan sedikit perubahan pada talam notifikasi, selain perubahan bagaimana notifikasi dipaparkan.

Disamping itu, Nougat juga turut menyertakan sejumlah kemaskini sekuriti, selain menu tambahan pada ikon aplikasi, perubahan saiz grid aplikasi dan penapis sinar biru.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note 5, anda boleh menyemak peranti anda hari ini dan memulakan proses naik-taraf ke Android 7.0 Nougat ini. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd