Spesifikasi Peranti Essential Keluaran Andy Rubin Tertiris

Spesifikasi Peranti Essential Keluaran Andy Rubin Tertiris

Diterbitkan pada Apr 18, 2017 oleh .

Bapa Android Andy Rubin akan melancarkan telefon pintar rekaan beliau sendiri. Dari beberapa maklumat yang telah dikongsi peranti dengan nama Essential ini akan mempunyai rekaan hampir tiada bezel dan menggunakan sistem operasi Android.

Spesifikasi peranti misteri Essential FIH-PM1 akhirnya tertiris selepas ia muncul di dalam pangkalan data GFXBench. Ia dilengkapi skrin 5.5″ dengan resolusi 1312 x2560 pixel, pemproses Snapdragon 835, RAM 4 GB dan storan 16 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Jelas sekali Andy Rubin akan melancarkan sebuah peranti utama sebagai produk pertama beliau.


TIPS & ULASAN