Carian
Kementerian Pendidikan Mempertimbangkan Membenarkan Penggunaan Peranti Pintar Di Sekolah
April 18, 2017 Effi Saharudin

Kami terdiri dari golongan dinosaur yang tidak pernah memiliki telefon mudah-alih ketika masih di sekolah. Masa telah berubah dan kini memiliki sebuah telefon pintar sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar sekolah rendah. Hari ini Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia mengesahkan pihak Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan membenarkan pengguna peranti pintar di dalam kelas.

Menurut beliau penggunaan adalah dihadkan sebagai alat bantuan pengajaran di dalam kelas sahaja. Peranti pintar ini akan meliputi peranti seperti komputer riba, tablet dan juga telefon bimbit. Pihak Kementerian walaubagaimanapun masih perlu melakukan kajian lebih mendalam sebelum membolehkan penggunaannya di kelas kelak.

Apakah pendapat anda tentang langkah ini? Seperti kami laporkan sebelum ini, di United Kingdom sebuah sekolah merampas telefon pintar dan konsol milik pelajar sebelum musim peperiksaan. Markah pelajar menunjukkan peningkatan selepas program “merampas” ini dimulakan.

Komen