Amazon Lightsail Akan Hadir Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat – VPS Serendah 5 USD Sebulan

Amazon Lightsail Akan Hadir Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat – VPS Serendah 5 USD Sebulan

Diterbitkan pada Apr 18, 2017 oleh .

Pada acara AWS Summit KL, pihak Amazon turut mengumumkan dua perkhidmatan yang bakal tersedia dalam masa terdekat. Salah satunya adalah Amazon Lightsail iaitu komponen perkhidmatan VPS serendah 5 USD (~RM 22) sebulan.

Amazon Lightsail adalah salah satu komponen perkhidmatan yang diumumkan pada acara AWS reInvent tahun lalu. Menerusinya, pengguna dapat mewujudkan Virtual Private Server untuk tujuan percubaan, baik untuk laman web mahupun untuk kegunaan membangunkan aplikasi. Jika komponen perkhidmatan AWS yang lain biasanya ditawarkan secara berasingan (seperti S3, EC2), Amazon Lightsail memudahkan pengguna kerana solusi storan, aplikasi, developer stack, dan OS telah dipakejkan dalam harga yang sangat mampu milik.

Amazon Lightsail ditawarkan dalam beberapa pilihan harga bermula USD 5 (~RM 22) sebulan sehingga USD 80 (~RM 352) sebulan dengan kriteria berlainan untuk storan, kapasiti transaksi data, dan juga memori pemprosesan yang digunakan oleh VPS tersebut.

Dengan Amazon Lightsail, proses membangunkan aplikasi dan laman web menjadi lebih mudah dan salah satu manfaat komponen perkhidmatan AWS adalah scalability dimana setiap komponennya direka supaya dapat memenuhi kehendak pada masa akan datang. Anda juga boleh mencuba Amazon Lightsail secara percuma selama sebulan.

Cuba: Amazon Lightsail


TIPS & ULASAN