Cari @ Amanz

Dengan kemajuan teknologi di kalangan rakyat tempatan, aktiviti jual beli atas talian kini lebih aktif berbanding tahun-tahun terdahulu. Kini pelbagai barangan dapat dibeli di internet, sehinggakan barangan runcit dan barangan yang mungkin janggal didengar namun mendapat permintaan ramai, seperti contoh lampin bayi.

Namun begitu masih terdapat pengguna yang tertipu dengan pembelian di internet. Kebanyakan masa kes-kes sebegini berlaku apabila pengguna memasukkan duit kepada akaun ‘penjual’ dan penjual tersebut menghilangkan diri. Malah kes-kes sebegini sepatutnya boleh dielakkan.

Berikut merupakan tips yang boleh diamalkan sewaktu melakukan pembelian atas talian.

Berwaspada Dengan Harga Barangan Yang Tidak Masuk Akal

IMAG0190

Seandainya anda sedang melayari apa jua aplikasi, perkhidmatan, laman web mahupun laman sosial dan mendapati terdapatnya harga barangan yang terlampau murah, mungkin ia merupakan satu bentuk penipuan. Mana mungkin iPhone 7 Plus boleh diperoleh dibawah harga RM 2,000, atau Oppo R9S Plus dibawah harga RM 1,000. Satu lagi contoh storan 256 GB pada harga RM 28. Ia memang tidak masuk akal dan kebarangkalian penipuan berlaku adalah sangat tinggi. Mungkin juga barangan tersebut dikatakan baharu tetapi ia telah ditukar-ganti komponen dalamannya.

Jangan Masukkan Wang Deposit Sewenang-wenangnya

Kadangkala dalam menjadi yang terawal untuk memiliki peranti menerusi cara-cara yang tidak rasmi (seperti membeli iPad lebih awal dari peranti tersebut hadir ke pasaran secara rasmi), anda sanggup meletakkan wang deposit komitmen. Anda harus menyemak sama ada peranti tersebut sudah tersedia di pasaran, atau sebenarnya masih belum dikeluarkan. Sekiranya anda tidak mengenali si penjual, atau gerak hati anda merasakan was-was terhadapnya, ada baiknya jangan lakukan perkara sebegitu. Kadangkala deposit 100% atau separuh dari barangan dipinta namun kebarangkalian penipuan masih tinggi kelak anda akan menjadi seorang dari mereka yang rugi.

Semak Profail Penjual

Kadangkala, kredibiliti peniaga dapat dilihat menerusi sistem maklumbalas dan juga ruangan komentar. Ada baiknya anda membeli dari peniaga-peniaga yang berdaftar dengan SSM, atau dengan peniaga yang turut diyakini ramai. Anda juga boleh melakukan carian terhadap nama syarikat tersebut, atau nombor telefon peniaga dan mungkin anda berupaya menemui sesuatu berkenaan peniaga. Sekiranya sesetengah peniaga mempunyai maklum balas yang tidak baik, lebih baik anda mencari penjual lain daripada rugi di kemudian hari.

Lakukan Proses Tukar Barangan Di Tempat Awam

screenshot_466

Apabila anda ingin bertemujanji untuk mendapatkan barangan yang telah dibeli, lakukannya di tempat awam. Lokasi seperti kedai makan, restoran 24 jam boleh dikatakan antara lokasi yang baik dengan ramai saksi. Jangan lakukan proses tukar beli diwaktu malam, atau dibawah jambatan, di luar bangunan atau dimana-mana lokasi yang memungkinkan sebarang jenayah berlaku. Sekali lagi sentiasa berwaspada sewaktu proses ini. Dan ada baiknya anda membawa teman atau rakan yang berupaya untuk menyemak keaslian sesuatu barangan tersebut.


Kesemua tips-tips asas ini merupakan tips yang perlu diamalkan sekiranya anda ingin membeli sesuatu di atas talian. Namun ada cara yang lebih mudah dan selamat untuk pembelian diatas talian. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan jaminan keaslian terhadap peranti yang dijual dan salah satunya adalah Shopee.

Shopee -IMG_2815

Menerusi Shopee, mereka menjamin barangan dan peranti yang dijual mereka dan peniaga berdaftar adalah asli. Peranti seperti contoh Xiaomi, Samsung, Lenovo, dan juga Asus bukan sahaja asli, malah turut ditawarkan dengan diskaun sebanyak 80% menerusi aktiviti terbaru mereka iaitu Shopee Lowest Price Guaranteed Sales.

Untuk tempoh terhad ini, selain dari penawaran diskaun 80%, Shopee turut menjamin yang penawaran mereka adalah lebih murah dari yang lain. Sekiranya pengguna telah membeli peranti tersebut di Shopee dan menemui peranti tersebut ditawarkan di laman-laman lain adalah lebih murah, Shopee akan memberikan baucar tunai bagi menebus perbezaan harga tersebut sebanyak 120% dari harganya. Tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan Shopee di halaman mereka.

Dari 20-27 April 2017, anda boleh melayari dua promosi yang disediakan Shopee iaitu:

Best Tech Price Specials – Jika anda mencari peranti aksesori, anda boleh melayari halaman ini yang turut menyediakan barangan seperti dakwat pencetak & toner, rak monitor LCD, dashcam dan bermacam lagi. Anda juga boleh menggunakan kod diskaun yang disediakan.

Crazy Gadget Deals – Sekiranya anda mencari kabel dan aksesori kecil seperti fon telinga, kabel pengecasan dan juga kerangka telefon, anda boleh melayari halaman Shopee yang menyediakan produk berbeza.

Dan khas untuk para pembaca Amanz, nikmati diskaun sebanyak RM10 apabila anda membelanjakan minimum RM 50 menerusi pembelian di Mobile & Gadgets Preferred Sellers dengan cara pembayaran Shopee Guarantee. Anda hanya perlu memasukkan kod AMANZ ketika check-out di Shopee ketika membeli. Kod ini hanya sah dari 20 – 27 April 2017, 11.59pm. Kod ini tidak sah untuk mana-mana promosi lain dan kategori di Shopee. Kod ini hanya sah untuk pengguna sekali sahaja.

Anda boleh memuat turut aplikasi Shopee untuk Android dan iOS untuk melakukan pembelian dari Shopee bermula hujung minggu ini, tertakluk selagi stok masih ada.

Penafian: Advertorial dari Shopee

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd