Facebook Spaces – Arena Sosial Realiti-Maya Dilancarkan Dalam Bentuk Beta

Facebook Spaces – Arena Sosial Realiti-Maya Dilancarkan Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Mark Zuckerberg telah mempertontonkan kebolehan berinteraksi secara sosial menggunakan arena realiti-maya. Kini, selang setahun, Facebook akhirnya melancarkan platform sosial realiti-maya mereka secara rasminya dalam bentuk beta kepada pengguna.

Sosial VR

Facebook Spaces ini ditawarkan kepada pengguna Oculus Rift sahaja buat masa ini, dimana ia membolehkan pengguna berinteraksi dan “lepak” antara satu sama lain dalam arena realiti-maya. Seperti biasa, anda boleh ke sesuatu lokasi dengan mudah menggunakannya, disamping berinteraksi bersama objek 3D maya sekitar anda menggunakan platform realiti-maya berkenaan.

Facebook Spaces juga turut membolehkan anda menonton video bersama-sama rakan lain, selain menerima panggilan video melalui Messenger.

Sekiranya anda mempunyai Oculus Rift, anda boleh memuat-turun ia melalui Oculus Store bermula hari ini.

Sosial VR

Sosial VR

Sosial VR

Sosial VR

Sosial VR


TIPS & ULASAN