Apple Kini Menawarkan iWork, GarageBand Dan iMovie Secara Percuma Untuk Semua

Apple Kini Menawarkan iWork, GarageBand Dan iMovie Secara Percuma Untuk Semua

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Apple sebelum ini telah sedia menawarkan iWork, GarageBand dan juga iMovie secara percuma – tetapi hanya terhad kepada pembeli produk baru Mac dan iOS sahaja. Hari ini, perkara berkenaan berubah, dan sesiapa sahaja dengan peranti Mac atau iOS boleh memuat-turun aplikasi yang ditawarkan berkenaan.

Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai peranti pasca-2013, boleh mendapatkan aplikasi-aplikasi ini secara percuma, dan tidak lagi perlu membayar seperti sebelumnya. Ini juga akan secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pengguna untuk aktif menggunakan perkhidmatan dan platform yang ditawarkan oleh Apple berbanding pesaing lain.

Sekiranya anda masih menggunakan peranti Apple lama, anda kini boleh memuat-turun aplikasi berkenaan secara percuma daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Garageband – macOS / iOS

Muat-Turun iMoviemacOS / iOS


TIPS & ULASAN