ZTE Axon 7s Dan 7 Max Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 821 Dan Dwi-Kamera
ZTE

ZTE Axon 7s Dan 7 Max Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 821 Dan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Trend yang agak menarik kita lihat tahun lalu ialah menghasilkan kemaskini baru dengan perubahan spesifikasi yang kecil. OnePlus 3T dilancarkan dengan hanya menukar pemproses berbandingan yang digunakan pada OnePlus 3. Kini tiba giliran ZTE Axon 7 menjalani proses “kemaskini” yang serupa.ZTE Axon 7s dan Axon 7 Max baru sahaja dilancarkan di China dengan pemproses Snapdragon 821. Ini ialah peningkatan berbanding Snapdragon 820 yang digunakan pada model asal Axon 7. Sistem dwi-kamera kini digunakan pada bahagian belakang tetapi tiada maklumat mengenai saiz sensor yang digunakan.

Pada waktu yang sama kekisi pembesar suara stereo pada dahi dan dagu peranti turut direka semula untuk kelihatan lebih kemas. Bateri kini meningkatkan ke 4100 mah berbanding 3250 mAh sebelum ini.

Perbezaan di antara Axon 7s dan Axon 7 Max pula ialah Max mensasarkan kegunaan oleh pegawai kerajaan dengan beberapa sistem penyulitan terbina. Tiada maklumat mengenai harga jualan diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN