Razer Memperkenalkan Fon Kepala Razer Hammerhead BT Dan Hammerhead Untuk iOS

Razer Memperkenalkan Fon Kepala Razer Hammerhead BT Dan Hammerhead Untuk iOS

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Razer bukanlah sebuah nama yang baru di arena fon kepala untuk kegunaan permainan video. Syarikat tersebut terkenal dengan pelbagai aksesori untuk gamers, dan fon kepala tidak terkecuali daripada gelaran tersebut.

Jika peranti seperti Razer Kraken dan Mano’War terlalu besar untuk keperluan anda, Razer baru sahaja mengumumkan dua peranti fon kepala bersaiz kecil in-ear monitorsRazer Hammerhead BT dan Hammerhead untuk iOS.

Razer Hammerhead BT ini menggunakan driver audio 10mm yang diubahsuai untuk memberikan kualiti bunyi yang terbaik, disamping bass yang kuat, sesuai jika anda gemar mendengar lagu-lagu EDM dan sebagainya.

Apabila dicas sehingga penuh, Hammerhead BT ini mempunyai jangka-hayat bateri selama 8 jam secara berterusan, Ia juga hadir dengan pengawal bunyi, dan juga klip belakang magnetik supaya ia kekal diikat melalui klip magnetik di belakang anda.

Razer Hammerhead untuk iOS pula hadir dengan mikrofon terbina di dalam pengawal bunyi, dan melalui mikrofon ini, pengguna iPhone juga boleh menggunakan teknologi pembantu suara Siri tanpa perlu mengeluarkan telefon anda.

Buat masa ini, Razer Hammerhead BT dan Hammerhead untuk iOS hadir di kedai atas-talian Razer untuk harga $99.99 (RM440).


TIPS & ULASAN