Instagram Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Offline

Instagram Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Offline

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Pada acara tahunan F8 yang diadakan pihak Facebook hari ini, Instagram tidak ketinggalan dalam mengumumkan perkara baru, dan telah memperkenalkan integrasi penggunaan perkhidmatan mereka tanpa internet – menyasarkan pengguna di negara-negara membangun.

Melalui fungsi yang dinamakan “Offline Mode”, pengguna boleh mengakses kandungan yang telah dimuat-kan sebelum ini, menyukai sesuatu gambar atau video, meninggalkan komen, malah menyimpan sesuatu gambar atau video untuk dilihat kemudian.

Semua perkara yang dilakukan akan disimpan pada aplikasi berkenaan, dan ia seterusnya akan dilaksanakan apabila pengguna berhubung ke internet.

Fungsi ini masih belum menyokong Instagram Stories buat masa ini, dan mungkin akan dilakukan dalam bulan-bulan akan datang.

Ciri ini juga semestinya akan disukai pengguna Instagram seluruh dunia, terutamanya di negara membangun yang mempunyai masalah rangkaian internet yang tidak stabil dan sebagainya.

Muat-Turun Instagram untuk Android


TIPS & ULASAN