Blizzard Kini Menawarkan Permainan Asal StarCraft Percuma Untuk Windows Dan Mac

Blizzard Kini Menawarkan Permainan Asal StarCraft Percuma Untuk Windows Dan Mac

Diterbitkan pada Apr 19, 2017 oleh .

Blizzard sebelum ini telah mengatakan bakal menawarkan permainan StarCraft secara percuma kepada semua – malah telah melakukannya sejak versi pembangunan terakhir beberapa minggu lepas. Kini, akhirnya, mereka secara rasminya mengumumkan penawaran berkenaan, membolehkan pengguna komputer Windows dan Mac memuat-turunnya.

StarCraft telah ditawarkan lebih dua dekad yang lepas, dimana ia menawarkan permainan berbentuk strategi. Pengguna boleh memilih bangsa yang diinginkan, dan seterusnya membangunkan negara mereka, serta mula menjajah dan menyerang negara pihak lawan.

Bagi anda yang berminat, atau ingin mengembalikan nostalgia lama, boleh memuat-turun permainan StarCraft untuk Windows dan Mac ini, dan memainkannya, sementara menantikan versi 4K permainan sama diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Muat-Turun StarCraft untuk Windows

Muat-Turun StarCraft untuk Mac


TIPS & ULASAN