Cari @ Amanz

Jenama Epson merupakan jenama yang tidak asing bagi kebanyakan pengguna komputer. Sepanjang penubuhannya Epson dikenali ramai dengan pelbagai produk, merangkumi projektor, pencetak dan juga kelengkapan syarikat yang lain. Terkini Epson diumumkan sebagai pilihan pertama dalam kategori projektor di seluruh dunia.

Berdasarkan data dari Futuresource Consulting, untuk tahun ke-16 berturut-turut Epson telah mengekalkan prestasi dalam memiliki pegangan pasaran pengguna. Untuk kategori projektor korporat dan kategori projektor kegunaan rumah, kedua-duanya di kuasai oleh Epson. Bagi projektor korporat, Epson mencatatkan kenaikan sehingga 35.5% untuk tahun 2016 dari 31.9% pada tahun 2015 manakala bagi projektor kegunaan rumah, Epson mendominasi 39.9 % pasaran pengguna pada tahun 2016 berbanding 34.8% pada tahun 2015.

Selain dari projektor, Epson juga turut mempunyai kaca mata pintar berdasarkan Augmented Reality untuk kegunaan industri iaitu siri Moverio dan dijangka bakal hadir di pasaran tempatan tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd