Carian
Blu
Blu Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Pelancaran Sepuluh Peranti
April 19, 2017 Effi Saharudin

Tahun 2017 ialah tahun kemasukan lebih banyak peranti luar ke pasaran tempatan. Tahun ini sahaja Oukitel dan Meizu secara rasmi memasuki pasaran Malaysia. Hari ini tiba pula giliran Blu dan mereka membuka langkah dengan pelancaran sepuluh peranti Android hari ini.

Kita akan mulakan dengan peranti utama mereka Blu Pure XR dengan skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, pemproses MediaTek Helio P10, RAM 4 GB, storan 64 GB, kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Peranti ini turut dilengkapi skrin dengan sokongan 3D Touch, pengecasan pantas dan pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Blu Pure XR dijual pada harga RM 1799 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima pembesar suara JBL Charge 3 SE percuma.

Seterusnya ialah Blu Diamond M dengan skrin 5″ 480P, pemproses MediaTek MT6580, RAM 512 MB, storan 4 GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri 2200 mAh. Peranti kelas permulaan ini dijual pada harga mampu milik RM299.

Bagi yang mahukan peranti lebih kompak Blu Vivo 5 Mini ialah peranti dilengkapi skrin 4″ 480P, pemproses MediaTek MT6580, RAM 512 MB, storan 4 GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri 1500 mAh. Ia dijual pada harga yang sama seperti Diamond M ialah RM 299 sebuah.

Seterusnya ialah Blu Grand M dengan skrin 5″480P, pemproses MediaTek MT6580, RAM 512 MB, storan 8 GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 3.2-Megapixel dan bateri 2200 mAh. Peranti yang juga di dalam kelas permulaan ini dijual pada harga mampu milik RM369.

Bagi yang memerlukan peranti dengan bateri yang besar, Blu Energy Diamond dihasilkan. Ia dilengkapi skrin 5″ 480P, pemproses MediaTek MT6580, RAM 1 GB, storan 8 GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri 4000 mAh. Peranti ini dijual pada harga RM 439 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima fon telinga JBL Grip 100.

Kita teruskan pula dengan Blu Studio G HD LTE dengan skrin 5″ HD, pemproses MediaTek MT6735, RAM 1 GB, storan 8 GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri 2200 mAh. Peranti ini dijual pada harga RM 459.

Blu Live Max hadir dengan skrin 5.5″ HD, pemproses MediaTek MT6737, RAM 2 GB, storan 16 GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri 3700 mAh. Peranti ini dijual pada harga RM 599 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima fon telinga JBL Grip 100.

Blu Vivo XL 2 hadir dengan skrin 5.5″ HD, pemproses MediaTek MT6737, RAM 3 GB, storan 32 GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri 3150 mAh. Peranti ini dijual pada harga RM 899 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima fon telinga JBL Reflect Mini

Blu Vivo 5R  hadir dengan skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek MT6753, RAM 3 GB, storan 32 GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri 3150 mAh. Terdapat sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat pada bahagian belakang. Peranti ini dijual pada harga RM 1059 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima pembesar suara sini JBL Travel

Akhir sekali ialah Blu Vivo 6  hadir dengan skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek MT6755, RAM 4 GB, storan 64 GB, kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri 3130 mAh. Terdapat sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat pada bahagian belakang. Peranti ini dijual pada harga RM 1399 dan pembelian menerusi Lazada akan menerima fon telinga tanpa wayar JBL Everest 300.

Nampaknya pihak Blu menawarkan peranti dengan pelbagai konfigurasi dengan julat harga jualan yang mensasarkan pelbagai golongan pengguna.

Komen