Cari @ Amanz

Siri Galaxy Note telah mengalami masalah besar pada tahun 2016 lepas, dan memerlukan pihak Samsung hadir dengan sesuatu kejutan yang baik untuk mengatasi dan membuat pengguna percaya kembali kepada siri berkenaan. Kini, mengikut penganalisa KGI, Ming-Chi Kuo, Samsung dijangka akan menjadikan Galaxy Note 8 sebagai telefon pertama mereka dengan dwi-kamera padanya.

Dwi-kamera pada Galaxy Note 8 dikatakan akan lebih baik daripada pada iPhone 7 Plus, dan dijangka akan setaraf dengan telefon iPhone OLED baru yang akan datang.

Galaxy Note 8 dikatakan akan menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 3x, dan dilengkapi dengan gabungan lensa rakaman-lebar dan lensa telefoto pada bahagian belakang.

Pada masa yang sama, penganalisa berkenaan turut mengatakan Samsung mungkin kembali kukuh pada tahun ini melalui penawaran Galaxy Note 8, dan juga Galaxy S8. Pra-tempahan untuk telefon pintar siri Galaxy S8 sendiri dikatakan adalah lebih baik daripada yang dijangka sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd