Cari @ Amanz

Huawei Nova Lite akhirnya mula dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM 999 sebuah. Peranti ini dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Kirin 655, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari serta bateri sebesar 3000mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd