Cari @ Amanz

Tahun lalu Xiaomi Mi MIX dilancarkan dengan rekaan hampir tiada bezel. Ia membawakan anjakan paradigma industri telefon pintar dan kini LG G6 dan Samsung Galaxy S8 turut menggunakan rekaan peranti hampir semua-skrin. Hari ini Doogee MIX dilancarkan dengan rekaan seakan Mi MIX tetapi dengan sistem dwi-kamera.

Dogee MIX dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED FHD, pemproses MediaTek Helio P25, RAM 4/6 GB dan storan 64/128 GB. Kamera utama berkembar 16+8 Megapixel dipadankan dengan kamera selfie 5-Megapixel. Seperti Mi MIX, kamera hadapan ini terletak pada bucu bawah bahagian hadapan peranti. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini. Tiga warna ditawarkan iaitu Light Blue, Jet Black dan Turquoise. Tiada maklumat mengenai tarikh dan harga jualan diumumkan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd