Tahun lalu Facebook memperlihatkan kamera Surround 360 bagi merakam kandungan 360 darjah. Di acara F8 yang sedang berlangsung, mereka memperlihatkan dua lagi kamera 360 darjah dengan kemampuan yang dipertingkatkan berbanding model tahun lalu. Kamera X24 dan X6 masing-masing dilengkapi 24 dan 6 kamera.
Melalui kedua-dua kamera ini, pengguna yang memakai peranti realiti maya Oculus dan Gear VR bukan sahaja dapat menonton video 360 darjah, malahan bergerak secara tiga dimensi di dalam video. Kebebasan bergerak enam darjah (sixth degree of freedom 6DOF) ini akan membuatkan pengguna menyelami video menggunakan peranti realiti maya dengan lebih realistik. Pihak Facebook tidak bercadang untuk menjual X24 dan X6. Sebaliknya mereka akan melesenkan teknologi ini kepada rakan perniagaan untuk dikomersialkan.