Illegear Troika Dilancarkan – Komputer Gaming Desktop Pertama Oleh Illegear

Illegear Troika Dilancarkan – Komputer Gaming Desktop Pertama Oleh Illegear

Diterbitkan pada Apr 20, 2017 oleh .

Illegear ialah syarikat tempatan yang menghasilkan komputer berprestasi tinggi untuk kegunaan golongan gamers. Hari ini mereka melancarkan komputer desktop pertama mereka dengan rekaan kerangka berbentuk tiga segi yang unik.

 Illegear Troika mempunyai tiga ruang khas untuk komponen berbeza. Pada bahagian atas ialah ruang untuk kad grafik. Bahagian kanan ialah ruang untuk papan induk dan komponen penyejukan cecair. Bahagian kiri pula ialah ruang untuk storan SSD.

Spesifikasi yang ditawarkan untuk Troika ialah pemproses Intel Core i5-7400, kad grafik Zotac Nvidia GeForce GTX 1060 AMP SE 6GB GDDR5,  RAM 8GB CRUCIAL DDR4 2400MHz RAM, storan 120GB SATA SSD dan storan 1TB 3.5” TOSHIBA HDD. Pihak Illegear mempunyai perancangan untuk menyokong pemproses AMD Ryzen dalam masa terdekat. Harga jualan bermula dari RM5999.

TIPS & ULASAN

<script>