MYNIC Kini Menjanjikan Pengaktifan Nama Domain .MY Dalam Tempoh Sejam

MYNIC Kini Menjanjikan Pengaktifan Nama Domain .MY Dalam Tempoh Sejam

Diterbitkan pada Apr 20, 2017 oleh .

Bagi anda yang sedia membuat pembelian nama domain .MY, mungkin ketahui yang mana ia mengambil masa yang lama untuk pengaktifan nama domain berkenaan jikalau dibandingkan dengan penawaran nama domain .com, .net dan sebagainya. Kini, dalam usaha penambah-baikkan perkhidmatan mereka, MYNIC hari ini mengumumkan mereka akan mengaktifkan nama domain dalam tempohbsejam selepas pendaftaran.

MYNIC mengatakan mereka akan mengaktifkan nama domain .MY yang didaftarkan dalam tempoh sejam selepas pendaftaran – tidak kira hari bekerja atau hari cuti.

Perkembangan ini boleh dikatakan sesuatu yang dipuji, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan sekitar dua tahun lepas yang mengambil masa sekitar 6 jam.

Kini, mungkin masalah seterusnya yang perlu diambil berat oleh MYNIC adalah panel pengurusan domain mereka yang sudah sekian lama tidak menerima sebarang kemaskini.

TIPS & ULASAN

<script>