Sony PlayStation 4 HITS Bundle Akan Dijual Pada Harga RM 1349 Dengan Tiga Permainan

Sony PlayStation 4 HITS Bundle Akan Dijual Pada Harga RM 1349 Dengan Tiga Permainan

Diterbitkan pada Apr 20, 2017 oleh .

Bagi mereka yang tidak mahu menghabiskan masa membeli komponen komputer, konsol ialah jalan mudah untuk menikmati permainan video tanpa memeningkan kepala. Harga jualan konsol juga lebih murah berbanding sebuah PC. Bagi yang masih belum memiliki PlayStation 4, Sony akan melancarkan PlayStation 4 HITS Bundle pada 3 Mei hadapan.

Pek ini mempunyai sebuah Sony PlayStation 4 500 GB, permainan Horizon Zero Dawn, Drive Club dan Rachet and Clank. Turut disertakan ialah langganan PlayStation Plus selama tiga bulan. Kesemua ini dijual pada harga rendah RM 1349. Kepada yang peduli digelar seorang console peasant, tawaran HITS Bundle ini memberikan penjimatan yang tinggi untuk terjun ke dunia permainan konsol.

Bacaan berkenaan –  Ulasan permainan Horizon : Zero Dawn

TIPS & ULASAN

<script>