Cari @ Amanz

Peranti HTC U yang tertiris beberapa kali sebagai HTC Ocean akan akhirnya dilancarkan pada 16 Mei ini. Pihak HTC sudah mula menghantar jemputan untuk dengan kandungan yang memberikan petunjuk bahaya peranti yang dilancarkan boleh dipicit.

Ini memenuhi kriteria HTC U yang akan mempunyai bingkai yang dapat mengesan tekanan. Dari maklumat yang tertiris, HTC U mempunyai skrin 5.5″ QHD LCD5 dipadankan dengan pemproses Snapdragon 835, RAM 4/6 GB dan storan 64/128 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Akhir sekali sebuah bateri 3000 mAh akan membekalkan kuasa. Dari segi ketahanan kalis debu serta air pula ia memenuhi piawaian IP 57.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd