Cari @ Amanz

Jenama Cooler Master agak popular dengan siri penyejuk CPU mereka, dan siri CM Hyper 212 merupakan salah satu daripada penyejuk kipas yang sangat digemari oleh mereka yang mahukan penyejuk yang ringkas, mudah digunakan, dan hadir dengan harga yang berpatutan.

Terkini, Cooler Master mengumumkan kemaskini yang terbaru mereka untuk kipas Hyper 212 ini yang dinamakan Cooler Master Hyper 212 LED Turbo. Untuk mengalirkan haba daripada CPU, penyejuk ini menggunakan empat paip haba yang hadir dengan sirip aluminum yang menyerap haba daripada cip pemprosesan tersebut.

Haba ini kemudiannya ditiup ke udara disekeliling menggunakan dua kipas PWM bersaiz 120mm dengan lampu LED berwarna merah, yang boleh menyokong kedua-dua soket cip pemprosesan terbaru Z270 dari Intel dan AM4 dari AMD.

Pengguna Hyper 212 ini juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan penutup atas berwarna merah ataupun hitam. Penyejuk CPU Cooler Master Hyper 212 LED Turbo kini hadir di pasaran Malaysia untuk harga RM179.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd