Cari @ Amanz

Perkhidmatan menempah restoran merupakan satu aplikasi yang popular di pasaran tempatan. Salah satu pengendali utama adalah TableApp yang membolehkan anda menempah meja di restoran. Dalam membawakan kelainan, satu lagi startup baru yang hadir adalah eatigo yang membolehkan anda menempah meja dan memperoleh diskaun untuk masa berlainan.

Menggunakan eatigo, pengguna boleh melihat pelbagai restoran yang menawarkan diskaun. Menariknya, diskaun yang ditawarkan adalah berbeza mengikut waktu. Sekiranya pengguna menempah pada waktu puncak, diskaun yang ditawarkan pada restoran tersebut mungkin berbeza dengan waktu bukan puncak. Malah eatigo turut memaparkan harga makanan dan juga kiraan diskaunnya berdasarkan waktu.

eatigo merupakan startup dari Thailand dan mereka juga merupakan pemenang Digital/Online Startup of The Year pada anugerah Rice Bowl Startup Awards pada tahun 2015. Selain dari laman web, mereka juga turut menyediakan aplikasi iOS dan Android yang boleh digunakan di restoran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd