Xiaomi Mi 6 dilancarkan di China beberapa hari yang lalu dengan pilihan warna hitam, putih, biru dan perak. Tetapi nampaknya ini Xiaomi akan membawakan lebih banyak lagi pilihan warna ke pasaran kelak.
Menerusi dokumen yang difailkan oleh Xiaomi ke laman persijilan peranti TENAA di China, mereka bakal menambah empat lagi pilihan warna. Warna-warna tersebut ialah emas. kelabu, merah jambu, emas champagne, kelabu gelap. cherry blossom dan frosted black. Kesemua pilihan warna ini mungkin hanya ditawarkan ke pasaran China. Di Malaysia kita kerap melihat peranti Xiaomi dijual dengan hanya dua pilihan warna sahaja.