Mastercard Melancarkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Mastercard Melancarkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Diterbitkan pada Apr 21, 2017 oleh .

Kecurian kad kredit mendatangkan kerugian mencecah RM 19 Billion tahun lalu. Oleh itu pelbagai usaha dibangunkan bagi mempertingkatkan tahap sekuriti kad kredit sedia ada.Kini, Mastercard dilihat cuba menyelesaikan masalah pembelian tanpa kebenaran pengguna dengan mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari pada kad kredit mereka.

Kad kredit dengan sistem biometri ini dilancarkan di Afrika Selatan sahaja buat masa ini. Pengguna perlu meletakkan ibu jari pada pengimbas semasa melakukan aksi swiping pada pembaca kad kredit untuk melakukan pembelian.

Proses ini menggantikan sistem pin sedia ada. Ujian ke atas penggunaan kad kredit baru ini akan dilakukan sepanjang tahun ini sebelum ia diperkembangkan ke rantau lain seperti Eropah dan Asia. Pihak Mastercard juga akan memperkembangkan teknologi ini untuk menyokong teknologi kad kredit secara tanpa sentuhan di masa hadapan.

TIPS & ULASAN

<script>