Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, sukan fizikal sedia menerima pelbagai pingat di pelbagai jenis sukan seluruh dunia. Kini, dengan perkembangan arena e-sukan, ia dilihat turut secara tidak langsung telah mula diterima lebih ramai, dan akan dipertandingkan pada sukan-sukan terkemuka.

Kini, sebagai permulaan, e-sukan akan menjadi salah satu acara sukan utama yang ditawarkan pada acara Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di China.

Apakah permainan yang akan terlibat masih tidak diketahui. Tetapi, seperti kebiasaan, tidak mustahil kita melihat acara permainan berbentuk strategi seperti DOTA, atau sukan seperti FIFA dipertandingkan dan melihat penyertaan wakil negara masing-masing.

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Alibaba sedia mengumumkan kerjasama, dan akan melakukan promosi berkaitan ketika acara Sukan Asia 2022 kelak.

Sebagai permulaan, acara e-sukan juga akan dipertandingkan dan dipertontonkan pada acara 2017 Asian Indoor & Martial Art Games pada September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd