Carian
Sesetengah Huawei P10 Menggunakan Storan Dengan Kelajuan Sedikit Perlahan
April 21, 2017 Aman

Huawei pada Mate 9 tempoh hari telah memperkenalkan storan berasaskan piawaian UFS yang menawarkan kelajuan storan untuk membaca dan menulis yang lebih tinggi berbanding sejumlah peranti biasa. Pengeluar dari China berkenaan juga dijangka melakukan perkara sama pada peranti Huawei P10 mereka, tetapi nampaknya, ia tidak sebegitu.

Melalui perkongsian Richard Yu, CEO Huawei Business Group, Huawei P10 menggunakan gabungan antara storan berasaskan eMMC dan juga UFS. Ini bermakna, terdapat unit Huawei P10 yang menggunakan storan berasaskan eMMC dan ada juga menggunakan UFS. Ini sekaligus akan menawarkan kelajuan membaca dan menulis data yang berbeza antara satu sama lain – dimana jenis UFS akan menawarkan kelajuan lebih tinggi.

Huawei dikatakan melaksanakan perkara ini kerana kekurangan komponen untuk storan, dan membuatkan mereka perlu menggunakan gabungan antara satu sama lain ini. Richard Yu juga mengatakan ia kekal menawarkan pengalaman prestasi yang baik.

Seperti biasa, pengguna umum mungkin tidak akan rasakan perbezaan kelajuan menulis dan membaca pada storan mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin sedikit menimbulkan kurang keselesaan dikalangan pengguna.

Komen