Elago M4 – Dok Pengecas iPhone Yang Kelihatan Seperti Macintosh Klasik

Elago M4 – Dok Pengecas iPhone Yang Kelihatan Seperti Macintosh Klasik

Diterbitkan pada Apr 22, 2017 oleh .

Terdapat puluhan aksesori untuk produk Apple di pasaran. Boleh dikatakan aksesori yang dihasilkan jauh lebih berkualiti dari peranti pesaing kerana rekaan peranti Apple yang hampir sama setiap tahun memudahkan ia direka. Hari ini mari lihat dok pengecas Elago M4 untuk iPhone yang mengubah telefon pintar ini untuk menjadi seakan sebuah Macintosh klasik.

Elago M4 menyokong iPhone 7, 6S dan 6. Keseluruhan dok pengecas ini diperbuat daripada bahan silicon. Ini memastikan peranti tidak akan mudah tercalar dan boleh menyerap hentakan sekiranya ia terjatuh. Harga jualan dok pengecas ini ialah sekitar $35 (~RM 154) sebuah.


TIPS & ULASAN