Cari @ Amanz

Sekiranya anda perasan, sejak beberapa hari lepas, angka pengguna Celcom yang membuat aduan di arena sosial meningkat secara mendadak – mengatakan akses perkhidmatan mereka sangat perlahan daripada kebiasaan.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Celcom hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman sosial mereka, mengatakan terdapat gangguan untuk mengakses beberapa perkhidmatan sosial.

Gangguan Celcom

Menurut Celcom, pengguna akan mengalami akses internet yang perlahan ke Facebook, WhatsApp dan Instagram buat masa ini. Mereka mengatakan sedang dalam proses untuk mengatasi masalah ini.

Tiada anggaran masa yang diberikan buat masa ini oleh Celcom untuk bilakah mereka akan mengatasinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd