Ubuntu 17.10 Akan Dikenali Dengan Nama “Artful Aardvark”

Ubuntu 17.10 Akan Dikenali Dengan Nama “Artful Aardvark”

Diterbitkan pada Apr 22, 2017 oleh .

Ubuntu pada bulan April 2017 ini telah pun melancarkan versi sistem operasi terkini mereka, iaitu Ubuntu 17.04 Zesty Zapus – yang mana merupakan versi yang menggunakan abjad “Z” pada nama mereka. Ia sekaligus membawa kepada pertanyaan apakah nama baru untuk versi akan datang sistem operasi berkenaan.

Kini, melalui laman Wiki pembangunan untuk Ubuntu 17.10, ia dilihat pembangunnya akan menggunakan kembali abjad dari “A” kembali untuk sistem operasi berkenaan. Ubuntu 17.10 yang akan hadir pada Oktober 2017 kelak bakal dikenali dengan nama “Artful Aardvark”.

Sebelum ini, kebiasaannya, pengasasnya Mark Shuttleworth akan membuat pengumuman berkaitan dengan nama untuk sistem operasi berkenaan, tetapi sehingga kini, nama tersebut telah digunakan pada versi pembangunan terbaru Ubuntu, tetapi masih belum diumumkan secara rasminya oleh Mark buat masa ini.


TIPS & ULASAN