Cari @ Amanz

Pada 2015 yang lepas, Microsoft telah mengambil-alih aplikasi pengurusan senarai tugasan popular, iaitu Wunderlist. Ketika itu, Microsoft dikatakan bakal mengintegrasikan sokongan produktivitinya pada pelbagai aplikasi lain yang dimiliki oleh Microsoft.

Kini, selang dua tahun selepas pengambil-alihan, Microsoft dilihat mempunyai perancangan baru untuknya. Pembangun dan pasukan disebalik Wunderlist kini hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Microsoft To-Do. Ia bakal menawarkan ciri-ciri sama seperti Wunderlist, dan akan turut diintegrasikan pada pelbagai produk Microsoft – termasuk office 365 dan Outlook.

Microsoft To-Do

Aplikasi baru ini boleh digunakan oleh semua pengguna dengan akaun Microsoft pada iPhone, Android, Windows dan juga Web. Disamping itu, Microsoft dilihat akan mengekalkan operasi Wunderlist buat masa ini, tetapi akan menamatkan operasi aplikasi berkenaan sebaik sahaja mereka yakin telah mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri terbaik Wunderlist pada To-Do ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Microsoft To-Do dalam bentuk Preview di iPhone, Android, Windows dan juga web hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd