Gambar Call of Duty : WWII Tertiris Memaparkan Pelakon Siri Transformers

Gambar Call of Duty : WWII Tertiris Memaparkan Pelakon Siri Transformers

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Maklumat terperinci mengenai Call of Duty : WWII akan dikongsikan oleh pihak Activision pada 26 April hadapan. Setakat ini hanya gambar seorang askar memandang ke hadapan dikongsikan oleh mereka. Hari ini dua lagi gambar tertiris menunjukkan grafik permainan ini dan mungkin juga pelakon Hollywood yang bakal dipaparkan.

Gambar di atas menunjukkan wajah salah seorang watak di dalam permainan ini yang mirip wajah Josh Duhamel yang membintangi filem Transformers. Pelakon yang juga merupakan suami kepada penyanyi Fergie ini juga baru mengikuti akaun Twitter rasmi Call of Duty serta memuat naik gambar beliau berpakaian MoCap bulan lalu.

Penggunaan pelakon Hollywood di dalam siri Call of Duty bukanlah perkara baru. Sebelum Duhamel Kit Harrington, Kevin Spacey dan Gary Oldman turut pernah muncul sebagai watak di dalam siri ini.


TIPS & ULASAN