Carian
Rekaan Lenovo Moto Z2 Play Tertiris
April 23, 2017 Effi Saharudin

Beberapa minggu yang lalu rekaan untuk Lenovo Moto Z2 tertiris ke arena web. Seperti dijangkakan tiada perubahan drastik dilakukan dari segi rekabentuk kerana Moto Z2 akan menyokong kesemua Moto Mods yang dihasilkan untuk Moto Z dan Moto Z Play. Kini tiba giliran rekaan Lenovo Moto Z2 Play pula tetiris.

Sekali lagi tiada perubahan drastik dilakukan pada peranti ini kerana ia turut perlu menyokong Moto Mods sedia ada. Perbezaan paling ketara di antara Moto Z2 dan Z2 Play ialah dari segi kemampuan kamera. Moto Z2 Play tidak dilengkapi sistem dwi-kamera.

Dari segi spesifikasi Moto Z2 Play dipercayai akan menggunakan pemproses Snapdragon 652 dan adalah peningkatan berbanding Snapdragon 625 tahun lalu. Berdasarkan tarikh yang tertera pada skrin, peranti ini mungkin dilancarkan pada 8 Jun hadapan.

Komen