Nubrella – Payung Yang Direka Khas Untuk Jurugambar

Nubrella – Payung Yang Direka Khas Untuk Jurugambar

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Fotografi ialah hobi yang boleh dikategorikan sebagai mahal. Peralatan fotografi seperti kamera digital boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Oleh itu jurugambar amat mengambil berat keselamatan peralatan mereka. Di Malaysia, iklim tropika menyukarkan peminat fotografi untuk mengambil gambar dengan selamat kerana hujan mungkin turun pada bila-bila masa.

Oleh itu payung Nubrella ini dihasilkan bagi membolehkan jurugambar bebas memetik butang kamera walaupun hujan turun mencurah. Payung Nubrella dipakai pada tubuh dan boleh dibuka seperti kanopi apabila hujan turun.  Rekaannya membenarkan pemakai terus mengambil gambar kerana tangan tidak perlu lagi memegang payung. Payung ini dijual pada harga $59.99 (~RM 264) sebuah.


TIPS & ULASAN