Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple Pencil Dihasilkan Oleh Ztylus

Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple Pencil Dihasilkan Oleh Ztylus

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Kerangka untuk telefon pintar dan tablet kini sudah dianggap sebagai aksesori yang biasa dilihat. Dengan saiz skrin yang semakin besar dan rekaan skrin melengkung, hanya mereka yang benar-benar berani masih lagi enggan menggunakan kerangka pada peranti milik mereka. Selain kerangka untuk tablet dan telefon pintar, kini wujud kerangka untuk stylus.

Ztylus menghasilkan kerangka tahan lasak untuk Apple Pencil. Ia diperbuat daripada aluminium dan melindungi mata stylus dan tubuh stylus dari sebarang kerosakan. Apabila tidak digunakan, mata Apple Pencil yang sensitif kepada tekanan boleh dimasukkan ke dalam kerangka ini dengan memutar bahagian hadapan. Harga jualan kerangka Ztylus untuk Apple Pencil ini ialah $34.95 (~RM 154). Agak mahal tetapi lebih murah dari menggantikan sebatang Apple Pencil yang rosak.


TIPS & ULASAN