Celcom Akan Tawar Data Percuma Untuk FB Dan WhatsApp Sebagai Ganti Gangguan Minggu Lepas

Celcom Akan Tawar Data Percuma Untuk FB Dan WhatsApp Sebagai Ganti Gangguan Minggu Lepas

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Untuk beberapa hari kebelakangan ini, pengguna talian Celcom dilihat menghadapi gangguan untuk mengakses beberapa perkhidmatan milik Facebook, termasuk WhatsApp dan juga Instagram. Pihak Celcom sendiri telah mengesahkan perkara ini sebelum ini, dan kini berkongsi lanjut mengenai perkembangan tersebut.

Menurut Celcom, masalah tersebut telah diatasi, dan kini pengguna boleh menikmati akses ke Facebook, WhatsApp dan Instagram seperti biasa. Malah, Celcom turut mengatakan mereka sedang menaik-taraf penawaran mereka bersama pihak Facebook, dan dijangka menyelesaikan penaik-tarafan ini secara sepenuhnya pada 28 April 2017 kelak.

Sebagai ganti untuk masalah ini, Celcom akan menawarkan akses percuma kepada Facebook dan WhatsApp selama seminggu. Tiada sebarang data yang akan ditolak ketika tempoh penawaran percuma ini.

Pihak Celcom akan mengumumkan permulaan tarikh data percuma ini pada 25 April 2017 kelak.

Bagi anda yang menggunakan talian Celcom, bagaimanakah pengalaman anda untuk mengakses perkhidmatan milik Facebook ini pada hari ini?

Gangguan Celcom


TIPS & ULASAN