Avana Kini Membolehkan Anda Menguruskan Jual-Beli Melalui Facebook Messenger

Avana Kini Membolehkan Anda Menguruskan Jual-Beli Melalui Facebook Messenger

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Avana merupakan salah satu perkhidmatan tempatan yang membolehkan pengguna membuka platform edagang berasaskan Facebook, dan menguruskan penjualan melaluinya. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas, dan kini mereka turut memperkenalkan kebolehan untuk menjual melalui Facebook Messenger.

Avana Messenger

Untuk makluman, Facebook sendiri telah menawarkan sokongan menjual melalui Facebook Messenger – tetapi proses membuatnya mungking sukar untuk pengguna biasa dan perlu mengambil pembangun khusus untuknya. Melalui Avana, proses berkenaan dipermudahkan, dimana pengguna bukan sahaja boleh menawarkan katalog jualan melalui Messenger, tetapi juga membolehkan menjual dan menerima bayaran melalui platform permesejan berkenaan.

Bagi anda yang terlibat dengan arena e-dagang melalui Facebook, mungkin boleh menyemak Avana hari ini, dan mencubanya secara percuma selama 30 hari.

Layari : Avana – Facebook Messenger


TIPS & ULASAN