WhatsApp Sedang Menguji Fungsi Berkongsi Gambar Dalam Bentuk Album

WhatsApp Sedang Menguji Fungsi Berkongsi Gambar Dalam Bentuk Album

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Instagram baru-baru ini telah memperkenalkan kebolehan berkongsi lebih dari satu gambar pada satu perkongsian, dan kini WhatsApp turut dilihat sedang menguji fungsi perkongsian berbentuk album pada aplikasi permesejan mereka.

Melalui perkongsian daripada @WABetaInfo, gambar dipaparkan dalam bentuk thumbnail sehingga empat gambar, dan yang seterusnya boleh diakses dengan tap pada gambar thumbnail berkenaan. Secara kasar, perkongsian gambar ini kelihatan seumpama pada Facebook, dan ia hanya aktif apabila pengguna berkongsi lebih daripada 5 gambar pada sesuatu masa.

WhatsApp Album

Secara peribadi, fungsi ini mungkin digemari ramai, memandangkan ia akan mengurangkan perkongsian berbentuk spam gambar dengan banyak pada sesuatu masa – sebaliknya menjadikan ia lebih tersusun pada aplikasi permesejan popular berkenaan.

Buat masa ini, WhatsApp sedang mengujinya pada aplikasi iOS mereka, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua.


TIPS & ULASAN