Cari @ Amanz

Baru-baru ini terdapat satu isu perbezaan jenis storan yang digunakan pada Huawei P10, merangkumi penggunaan storan berasaskan eMMC dan UFS. Ia sekaligus memberikan kelajuan yang berlainan pada setiap unit Huawei P10 yang dijual, tidak seperti yang diperkatakan pada halaman info produk peranti mereka.

Isu ini telah mengakibatkan peranti sesetengah pengguna mengalami kelajuan yang agak perlahan, terutama ketika membuat pemindahan data dari komputer atau sebaliknya. Storan berasaskan eMMC dan UFS boleh dikatakan membawa perbezaan kelajuan yang agak ketara, dengan jurang perbezaan kelajuan sekitar 100-500MB/s.

Untuk mengenal pasti jenis storan yang digunakan pada telefon anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menjalankan ujian benchmark untuk storan dalaman peranti.

Sebagai permulaan, anda perlu mengggunakan aplikasi AndroBench yang boleh dimuat-turun pada halaman Google Play Store secara percuma. Selepas memasang aplikasi tersebut, mulakan proses benchmark storan peranti anda dengan menekan butang “Run All Benchmarks”. Proses ujian ini akan berjalan sekitar 1-3 minit.

Apabila ujian benchmark selesai dijalankan, aplikasi AndroidBench akan memaparkan kelajuan storan pada peranti anda. Perhatikan angka “Sequential Read” dan “Sequential Write”. Hasil ujian di bawah adalah angka dari Huawei P10 (kiri) dan ASUS Zenfone 3 Zoom (kanan).

Bandingkan kelajuan “Sequential Read” dan “Sequential Write” storan peranti anda dengan merujuk jadual di bawah. Sekiranya angka kelajuan peranti anda melebihi angka tertentu, seperti 350MB/s dan ke atas, peranti anda menggunakan storan berasaskan UFS.

Proses ujian ini adalah untuk menentukan ketelusan pengeluar dalam memaparkan info storan yang diwar-warkan ketika memasarkan produk mereka. Anda boleh merujuk halaman utama model telefon anda untuk mengetahui info rasmi mengenai storan yang digunakan pada peranti anda.

Sekiranya peranti yang anda diperkatakan mempunyai penawaran storan UFS, adakah ia benar-benar memberikan kelajuan yang sepatutnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd