Cari @ Amanz

Bill Gates ialah individu paling kaya di dunia tahun lalu dengan harta bernilai RM 378 Billion. Sebagai pengasas Microsoft, pasti ramai merasakan beliau tidak akan menghalang anak-anak beliau dari menggunakan peranti sejak dari kecil. Tetapi andaian ini salah sama sekali kerana Bill dan Melinda Gates hanya membenarkan tiga orang anak mereka memiliki telefon pintar apabila usia mencecah 14 tahun. Ini didedahkan di dalam sebuah temubual dengan akhbar The Daily Mirror.

Menurut pandangan Bill Gates penggunaan telefon pintar dapat membantu proses pembelajaran. Tetapi pada waktu yang sama terdapat masalah penggunaan yang berlebihan dari sepatutnya. Beliau menambah penggunaan telefon pintar diharamkan sama sekali di meja makan. Penggunaannya turut diharamkan selepas waktu tertentu bagi memastikan anak-anak mereka yang berusia di antara 14-20 tahun mendapat tidur yang mencukupi.

Seperkara lagi yang menarik mengenai kehidupan keluarga Gates ialah mereka dihalang dari menggunakan produk keluaran Apple. Gates dipetik menyebut “kekayaan keluarga kami datang dari Microsoft jadi mengapa kami perlu melabur dengan pesaing”. Bolehlah diandaikan Gates sekeluarga menggunakan telefon pintar Windows 10 Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd