Cari @ Amanz

Jumlah pengikut yang ramai ialah “nilai” seorang individu di dalam dunia media sosial. seperti episod Black Mirror. Oleh itu semakin ramai individu sanggup menggunakan perkhidmatan membeli pengikut palsu bagi memberikan imej mereka adalah amat popular di atas talian. Instagress ialah antara bot yang memberikan perkhidmatan meninggalkan komen dan like dengan bayaran $10 sebulan.

Perkhidmatan ini telahpun dihentikan selepas menerima amaran dari pihak Instagram. Ini bukan kali pertama pihak Instagram melakukan aktiviti pemutihan pengguna mereka. Pada tahun 2014, ribuan selebriti kehilangan jutaan pengikut sekelip mata selepas akaun-akaun palsu yang dibeli dipadam oleh pihak Intagram. Antara yang terkesan ialah Justin Bieber yang kehilangan lebih dari 3 Juta pengikut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd