Sistem Penstabil Kamera DJI Ronin 2 Dilancarkan

Sistem Penstabil Kamera DJI Ronin 2 Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 24, 2017 oleh .

Sistem penstabil kamera (steadycam) DJI Ronin dilancarkan pada tahun 2014. Ia popular di kalangan pembikin filem Indie kerana harga jualannya yang lebih mampu milik berbanding sistem steadycam lain di pasaran. DJI Ronin 2 dilancarkan hari dengan dengan beberapa penambahbaikan berbanding model terdahulu,

Ia menyokong sistem kamera sehingga 13.6 Kilogram. Sistem gimbal motor yang disertakan mampu menstabilkan kamera walaupun ketika bergerak pada kelajuan 75 kilometer sejam. Selain boleh dipegang oleh jurukamera, Ronin 2 juga boleh dipasang pada dolly arm yang dipasang pada kereta atau digantung di udara. Dengan bateri sebesar 4280 mAh, Ronin 2 dapat digunakan berterusan selama lapan jam.

Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini tetapi akan mula dijual di dalam suku kedua 2017.


TIPS & ULASAN