Produk Pintar Xiaomi Seperti Penimbang, Penapis Udara Dan Lain-lain Hadir Ke Malaysia

Produk Pintar Xiaomi Seperti Penimbang, Penapis Udara Dan Lain-lain Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan pada Apr 24, 2017 oleh .

Xiaomi hari ini mengumumkan secara rasminya mereka akan membuka Mi Premium Reseller Store di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada penghujung minggu ini. Bersama-sama dengan pengenalannya, sejumlah produk pintar Xiaomi akan turut ditawarkan melalui kedai fizikal berkenaan.

Antara yang akan ditawarkan adalah termasuk penimbang Mi Smart Scale, penghala pintar Xiaomi, lampu meja Xiaomi, dan sebagainya. Buat masa ini, ia dilihat akan ditawarkan melalui kedai di Pulau Pinang berkenaan, dan tidak diketahui sama ada bakal ditawarkan bersama di kedai atas-talian Xiaomi Malaysia atau sebaliknya.

Berikut adalah antara produk baru yang bakal dipasarkan oleh pengeluar dari China berkenaan di pasaran Malaysia:
Mi Smart Scale – RM119
Mi Router 3 – RM149
Mi LED Desk Lamp – RM159
Mi VR Play Headset – RM49
Mi Air Purifier 2 – RM529
Mi Air Purifier 2 Filter – RM139
Mi Bluetooth Speaker Square Box – RM89
Mi Troller 90 Points Suitcase 20″ – RM289
Mi Troller 90 Points Suitcase 24″ – RM289
90 Mi Smart Metal Suitcase – RM1849
Mi Minimalist Backpack Urban Life Style – RM159


TIPS & ULASAN