Carian
Spotify Ingin Hadir Dengan Produk Perkakasan Mereka Tersendiri
April 25, 2017 Aman

Spotify pada hari ini sedia terkenal sebagai perkhidmatan penstriman muzik terkemuka – digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Terkini, perkhidmatan penstriman berkenaan turut dilihat ingin mengeluarkan produk perkakasan mereka tersendiri,dan sedang mencari pekerja untuknya.

Melalui penyenaraian pencarian pekerja, Spotify mengatakan mereka ingin hadir dengan produk kategori serba baru, lebih kurang seperti Pebble Watch, Amazon Echo ataupun Snap Spectacles. Produk berkenaan akan memfokuskan kepada produk peranti berhubung, selain turut memberikan kesan terhadap bagaimana pengguna menikmati muzik dan kandungan beraudio.

Melalui contoh yang diberikan oleh Spotify berkenaan, ia dilihat mereka ingin hadir dengan sesuatu yang memberikan revolusi kepada kaedah bagaimana pengguna menikmati kandungan beraudio.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat permulaan awal, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum kita melihat sendiri apakah produk berkenaan.

Komen