Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan kamera profesional Yi Halo, pihak Yi Technology juga turut mengambil peluang memperkenalkan kamera rakaman gambar 360-darjah untuk pengguna, dinamakan sebagai Yi 360 VR Camera. Kamera ini dijangka dijual bermula bulan Jun 2017 ini.

Yi 360 VR Camera ini hadir dengan gabungan dua lensa 12-megapixel daripada Sony yang merakamkan gambar atau video pada resolusi sehingga 5.7k pada kelajuan 30fps. Padanya, ia mendahului pelbagai pesaing lain dalam arena rakaman 360-darjah. Kamera ini turut menyertakan sebuah pemprosesan khusus dinamakan sebagai Ambarella H2V95 yang membolehkan penyuntingan dan gabungan video menjadi 360-darjah dilakukan terus dalam kamera berkenaan.

Yi 360 VR Camera

Disamping itu, seperti Gear 360 yang baru, pengguna juga turut boleh menggunakan kamera ini untuk tujuan penyiaran video 360-darjah secara langsung melalui platform seperti Facebook.

Yi 360 VR Camera ini akan dijual pada harga $399, iaitu sekitar RM1755. Mungkin bagi alternatif mereka yang inginkan kamera yang lebih berkuasa daripada Xiaomi Mi Panoramic, maka kamera Yi 360 VR Camera ini adalah sesuai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd