Cari @ Amanz

Pihak Canonical sebelum ini sedia mengumumkan mereka akan menamatkan pembangunan Ubuntu Phone, dan kini berkongsi lanjut mengenai langkah berkenaan, Canonical mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti sehingga Jun 2017 ini.

Selepas Jun 2017, tiada lagi sebarang kemaskini akan ditawarkan untuk platform berkenaan, termasuk sebarang kemaskini sekuriti.

Meizu MX4 Ubuntu

Selain daripada itu, tiada lagi aplikasi yang boleh dibeli daripada Ubuntu Phone App Store selepas Jun 2017, dan kedai aplikasi berkenaan akan terus dapat diakses sehingga penghujung 2017 kelak. Selepas penghujung 2017, tiada lagi sebarang aplikasi yang boleh dimuat-turun oleh pengguna Ubuntu Phone.

Ubuntu sebelum ini mengambil langkah ini dalam menguruskan dana mereka dengan lebih efisyen dan memfokuskan kepada arena yang benar-benar menguntungkan mereka.

Langkah ini mungkin tidak digemari oleh komuniti Ubuntu seluruh dunia. Walaubagaimanapun, memandangkan peranti berasaskan Ubuntu Phone tidak dipasarkan secara meluas, maka langkah ini mungkin tidak memberikan impak yang begitu besar kepada pihak Canonical.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd